PENOLONG JURUAUDIT

GredW29
JawatanPENOLONG JURUAUDIT
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan1
Bandar
Negeri
Tarikh Mula19-11-2021
Keterangan
TindakanMohon


Gred: W29

GredW29
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kewangan
Tangga Gaji

  MINIMUM         MAKSIMUM      KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM 1,498.00     RM 5,678.00           RM 145.00

Syarat Lantikan

PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN :KEWANGAN (W)

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM / DIPLOMA

GRED JAWATAN/GAJI : W29

 

1. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (W29: RM1,510.92) ; atau 

    (ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (W29: RM1,510.92) ; atau

    (iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (W29: RM1,776.08) ; atau

   (iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (W29: RM2,001.68).

                       

2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  

3. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

     (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur  persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

    (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

   (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

4. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred W29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0667 seconds.