PEMANDU KENDERAAN

GredH11
JawatanPEMANDU KENDERAAN
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan11
Bandar
Negeri
Tarikh Mula19-11-2021
Keterangan
TindakanMohon


Gred: H11

GredH11
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kemahiran
Tangga Gaji

   MINIMUM         MAKSIMUM         KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,218.00     RM 2,939.00                RM 80.00 

 

 

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEMANDU KENDERAAN GRED H11 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA

GRED JAWATAN/GAJI: H11

 

1. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i)   Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

     (ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

    (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • Lesen D : RM1,264.15
  • Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
  • Lesen F/H : RM1,356.45
  • Lesen G/I : RM1,402.60


2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

3. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred H11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0731 seconds.