PENGAWAL KESELAMATAN

GredKP11
JawatanPENGAWAL KESELAMATAN
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan3
Bandar
Negeri
Tarikh Mula19-11-2021
Keterangan
TindakanMohon


Gred: KP11

GredKP11
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Tangga Gaji

    MINIMUM         MAKSIMUM           KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,205.00      RM 2,939.00                RM 80.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K)

KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR/SRP

GRED JAWATAN/GAJI: KP11


1.    SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i)   Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, (Gaji KP11: RM1,205.00) atau ;

     (ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, (Gaji KP11: RM1,205.00) dan ;

    (iii) Syarat Lantikan Tambahan - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


2.    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

3.    PENETAPAN GAJI PERMULAAN

 Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred KP11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.081 seconds.