PEMANDU KENDERAAN

GredH11
JawatanPEMANDU KENDERAAN
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan6
Bandar
Negeri
Tarikh Mula09-03-2020
Keterangan
TindakanMohon


Gred: H11

GredH11
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kemahiran
Tangga Gaji

   MINIMUM         MAKSIMUM         KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,218.00     RM 2,939.00                RM 80.00 

 

 

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEMANDU KENDERAAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

GRED JAWATAN/GAJI : H11

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf

          setaraf dengannya oleh Kerajaan; (ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang

          dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh

          percubaan (P)]; dan (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara

          kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred

          H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • · Lesen D : RM1,264.15
  • · Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
  • · Lesen F/H : RM1,356.45
  • · Lesen G/I : RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa

     Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan

     yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred H11 boleh ditetapkan oleh Pihak

    Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0379 seconds.