PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

GredN19 (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT)
JawatanPEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan4
Bandar
Negeri
Tarikh Mula09-03-2020
Keterangan
TindakanMohon


Gred: N19 (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT)

GredN19 (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT)
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Tangga Gaji

Gaji Minimum      Gaji Maksimum        Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM 1,352.00         RM 4,003.00                 RM 100.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA 

GRED JAWATAN/GAJI : N19

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

          serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang

          diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

   (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

          serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang

          diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek

     Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan

     yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak

     Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0366 seconds.