JURUAUDIT

GredW41
JawatanJURUAUDIT
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan1
Bandar
Negeri
Tarikh Mula09-03-2020
Keterangan
TindakanMohon


Gred: W41

GredW41
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan dan Profesional
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Kewangan
Tangga Gaji

Gaji Minimum      Gaji Maksimum        Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM 2,094.00        RM 9,585.00                  RM 225.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN JURUAUDIT

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED JAWATAN/GAJI : W41

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i)    ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian

             tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah

             pada Gred W41: RM2,300.73); atau

     (ii)    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

             pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji

             permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau

     (iii)  Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji

             permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau

     (iv)   Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

             pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan

             yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : RM2,923.41); atau

     (v)   Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:

             RM3,027.19). [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di

             perenggan 1(c)(iii) dan 1(c)(iv) adalah seperti di Lampiran B3A].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek

    Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan

    untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada

    kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)    (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

     persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang

     umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun 

     pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred W41 boleh ditetapkan oleh Pihak

    Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.039 seconds.