PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

GredF41
JawatanPEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan1
Bandar
Negeri
Tarikh Mula09-03-2020
Keterangan
TindakanMohon


Gred: F41

GredF41
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan dan Profesional
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Sistem Maklumat
Tangga Gaji


  MINIMUM          MAKSIMUM          KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 2,315.00       RM 9,618.00                 RM 225.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SISTEM MAKLUMAT

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED JAWATAN/GAJI : F41

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i)      ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat

atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah

pada Gred F41: RM2,315.00); atau

    (ii)      ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan

yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:

RM2,522.44); atau

   (iii)      ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan

komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji

permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

   (iv)      ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat,

kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek 

    Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan

    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah

    layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara 

   Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,

   apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)           mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b)          had umur pelantikan:

(i)            berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

               persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii)           berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

               persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii)          berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur

persaraan paksa 60 tahun.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred F41 boleh ditetapkan oleh Pihak

     Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0364 seconds.